Sunday, 1 September 2013
SOALAN ESEI MINGGU 11:
Huraikan latar belakang kurikulum Sejarah Tanah Melayu sehingga ke hari ini.
Ahli Kumpulan:
Fazlin, Izzati, Firdaus, Nazmie, Oliver
Pendidikan
Sejarah di Tanah Melayu sebenarnya sudah bermula sejak pertengahan abad ke-19 lagi. Namun,
ketika pentadbiran British, mata pelajaran sejarah dianggap sebagai mata
pelajaran tambahan sahaja dan bukanlah mata pelajaran induk. Tambahan lagi, semasa
di pemerintahan British juga, Sekolah-sekolah Inggeris di Negeri-Negeri Selat
pada masa itu juga telah memasukkan mata pelajaran Sejarah dalam kurikulum
sekolah khususnya untuk darjah-darjah yang lebih tinggi yakni peringkat sekolah
menengah rendah. Pada awal abad ke-19 sehingga tahun 1957 pula, Sejarah British
juga telah dimasukkan dalam kurikulum sejarah di peringkat sekolah. Hal ini,
disebabkan ketika itu pengaruh British masih dominan di Tanah Melayu.
Malahan,
dapat dikatakan juga semasa pemerintahan British, mata pelajaran Sejarah lebih
bermotifkan politik semata-mata. Hal ini disebabkan pihak British berpendapat
bahawa jika orang tempatan tidak mengenali budaya British maka hubungan pihak
pentadbir dengan golongan yang ditadbir akan menjadi renggang maka British
meneruskan kurikulum Sejarah ini untuk kepentingannya sendiri. Malah, melalui
kurikulum Sejarah British juga, mereka lebih mengagung-agungkan pencapaian
mereka. Malah, dalam kurikulum Sejarah juga tokoh-tokoh seperti Alexander the
Great, Kung Fu Tze dan Stamford Raffles telah diperkenalkan. Malah, mata
pelajaran Sejarah juga menjadi penting ekoran dari kehendak peperiksaan.
Kemudiannya,
perubahan berlaku lebih kurang pada tahun 1918 apabila mata pelajaran Tawarikh
diperkenalkan di sekolah dan maktab. Ketika itu, di sekolah Inggeris, sukatan
pelajaran Sejarah tidak memperkenalkan “ Alam Melayu ”. Oleh itu, kurikulum
tersebut memperlihatkan bahawa pembesar Melayu sentiasa menganiayai rakyat dan
sebaliknya pula tentang Residen.
Seterusnya,
menjelang kemerdekaan, Sejarah Malaysia mula diberi tempat dalam kurikulum di
sekolah rendah dan menengah. Namun, penggubal kurikulum Sejarah adalah
merupakan pegawai-pegawai dari British. Malah, Sejarah Tanah Melayu bermula dengan
Sejarah kesultanan Melayu Melaka namun aspek kehadiran barat tetap menjadi fokus
dalam kurikulum tersebut.
Kemudiannya,
mata pelajaran Sejarah diserapkan ke dalam KLSR, KBSR dan sehinggalah sekarang
iaitu KSSR. Mata pelajaran Sejarah KSSR akan diperkenalkan pada tahun 2014.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa mata pelajaran Sejarah adalah sangat penting
dalam kurikulum yang direka dalam sistem pendidikan.
Secara
kesimpulannya, terdapat beberapa kronologi dalam melaksanakan kurikulum
Sejarah. Kronologi tersebut dibuat berdasarkan zaman pemerintahan yang memegang
tanah air ini ketika itu. Oleh itu, dapat dikatakan di sini bahawa mata
pelajaran Sejarah bukanlah mata pelajaran yang dipandang enteng namun mata
pelajaran Sejarah dari perspektif sekarang merupakan satu mata pelajaran yang
sangat penting dalam pemupukan patriotisme negara.
0 comments:
Post a Comment