Sunday, 14 July 2013
SOALAN ESEI MINGGU 3 :
Sistem pendidikan negara
kita adalah satu kesinambungan daripada Kesultanan Melayu Melaka. Bincangkan.
AHLI KUMPULAN :
Amir, Asyraf, Huda, Jamilah,
Atiqah
Penekanan terhadap sistem pendidikan bagi
setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan merupakan satu aspek yang amat
penting dalam usaha memajukan sesebuah negara ini kerana sistem pendidikan
mampu untuk menjaga kebajikan dan sosialisnya di mana kanak-kanak dididik untuk
menjadi seorang insan yang berjaya dan mengenal budaya serta alam sekeliling selain berperanan sebagai wadah dalam menyampaikan ideologi kebangsaan kepada
masyarakat .
Umum
mengetahui sistem pendidikan yang mula-mula wujud di negara kita adalah sistem
pendidikan yang diamalkan pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Permulaan sistem
pendidikan pada zaman tesebut boleh dibahagikan kepada sistem pendidikan formal
dan tidak formal. Dalam pendidikan formal, pengajian ataupun pembelajaran
berfokuskan pembelajaran agama, sebelum kedatangan Islam penduduk setempat yang
ingin menimba ilmu hendaklah belajar di candi-candi ataupun tempat beribadah
yang lain, namun setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu sistem pendidikan
kini telah berubah dan tempat pengajian bukan setakat di rumah-rumah ibadah
seperti surau ataupun masjid tetapi juga berpusat di Istana.
Selain
pendidikan formal yang telah dibincangkan tadi, terdapat satu lagi sistem
pendidikan yang diamalkan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu
pendidikan tidak formal, bagi golongan biasa pendidikan bukan sekadar untuk
mempelajari agama sahaja, tetapi juga melibatkan kaedah ataupun cara-cara yang
perlu digunakan bagi kelangsungan hidup, sebagai contoh teknik-teknik menangkap
ikan ataupun bercucuk tanam akan diperturunkan ataupun diajarkan oleh ibubapa
kepada anak-anak meraka, pelajaran seperti ini tidak akan diajar mana-mana
tempat ketika itu.
Beralih
dari pada sistem pendidikan Kesultanan Melayu Melaka, kini wujudnya satu lagi
sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara kita khususnya Tanah Melayu
ketika itu adalah sistem pendidikan semasa kedatangan British. Sistem
pendidikan British ini diperkenalkan sewaktu zaman penjajahan di Tanah Melayu
yang menunjukkan pembaikan daripada sistem pendidikan sebelum kedatang British.
Beberapa perubahan drastik yang dilakukan oleh pihak British dalam memastikan
pendidikan pada waktu itu mematuhi garis panduan meraka, sebagai contoh
perubahan pengunaan tulisan jawi telah digantikan dengan pengunaan tulisan rumi
serta pengunaan bahasa Inggeris mengantikan bahasa Melayu.
Selain
daripada itu, pembinaan sekolah-sekolah pelbagai aliran seperti sekolah Cina,
Sekolah Tamil, Sekolah Melayu dan sekolah Inggeris telah menampakkan sistem
pendidikan yang bercorak sistematik dan berpusat. Namun begitu, sistem
pendidikan yang lama tidaklah diabaikan seratus peratus, ini kerana sistem
pendidikan sekolah agama masih lagi dijalankan dan diamalkan ketika itu.
Perubahan
sistem pendidikan tidak berhenti disitu sahaja, semasa awal kemerdekaan sistem
pendidikan kita telah diubah beberapa kali bagi mewujudkan satu sistem
pendidikan yang sesuai dengan penduduk yang berada dinegara kita, kalau dahulu
semasa pemerintahan British sistem pendidikan boleh dikatakan bersifat
perkauman, kini pendidikan digubal bagi merapatkan lagi jurang pendidikan
antara kaum dinegara kita ini.
Pembentangan
laporan-laporan pendidikan yang dibuat dapat menambah baikkan lagi sistem
pendidikan yang sedia ada, dengan mengambil kira keunikan negara kita yang
mempunyai rakyat berbilang bangsa mampu menjaga serta memajukan rakyat
dinegara, selain dapat memastikan rakyat mampu menjana ekonomi negara melalui
sistem pendidikanlah negara dapat melahirkan pekerja-pekerja yang dapat
memenuhi ruang pekerjaan dalam sector awam
Perubahan
dari sistem pendidikan yang hanya bersifat keagamaan semasa zaman sebelum
kedatangan British kepada sistem pendidikan yang lebih terbuka telah diterapkan
dalam pendidikan zaman sekarang dengan wujudnya sekolah-sekolah agama dan
sekolah-sekolah harian biasa yang mengabungkan pendidikan agama dan pendidikan
seperti sains dan matematik dalam satu sekolah merupakan satu perubahan yang
murni dalam memastikan warisan pendidikan zaman dahulu tidak terhapus begitu
sahaja.
Perubahan
pentadbiran dan pemerintahan negara, dari zaman sebelum kedatangan British,
semasa kedatangan British dan ketika zaman awal kemerdekaan dahulu telah
memperlihatkan perubahan sistem pendidikan di negara kita ini, berubah dari
tahun ke tahun sehinggalah sekarang. Perubahan dalam sistem pendidikan perlu
dilakukan bagi memastikan sistem pendidikan yang kita ada sekarang ini sentiasa
dapat disesuaikan dengan keadaan dan perkembangan negara.
0 comments:
Post a Comment