TUGASAN ESEI KUMPULAN 4

Sunday, 14 July 2013


SOALAN ESEI MINGGU 3 :

Sistem pendidikan negara kita ada masa kini merupakan kesinambungan daripada Zaman Kesultanan Melayu 
Melaka. Bincangkan.

AHLI KUMPULAN :

Syafiq, Khobir, Syaza, Nora, Zaidah

Apabila kita menyusuri kembali dunia pendidikan kita akan lihat pendidikan negara kita ini sudah lama Sistem pendidikan di negara kita merupakan satu warisan atau satu kesinambungan daripada Kesultanan Melayu Melaka kerana pada zaman tersebut,sistem pendidikan telah pun dijalankan dalam masyarakat Melaka. Sistem pendidikan adalah salah satu sistem proses pembelajaran yang menghubungkan masayarakat setempat. Jadi jelaslah disini dapat kita lihat bahawa pada zaman kesultanan Melayu Melaka sudah bermulaya sistem pendidikan.
            Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah memperlihatkan kepada kita satu sistem pendidikan yang boleh kita katakan sebagai sistematik kerana pada waktu itu telah terdapat sistem pendidikan yang berjalan secara formal.Sistem pendidikan yang dijalankan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka berfokuskan kepada pengajian Islam. Sistem pendidikan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka memang tidak berfokus kepada akademik semata-mata. Hal ini kerana pada masa lalu pendidikan akademik tidak diendahkan oleh masyarakat seperti masa kini. Sistem pendidikan pada zaman Melayu Melaka tidaklah seperti pendidikan masa kita. Pusat pembelajaran hanyalah difokuskan di kawasan istana. Kawasan ini telah dijadikan sebagai pusat utama pengajian ilmu-ilmu agama yang sentiasa difokuskan dalam pembelajaran.
            Kedatangan para pedagang dari Arab dan India telah merancakkan lagi sistem pendidikan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana pada waktu ini sistem Sekolah Pondok telah pun dilaksanakan. Dengan adanya pedagang-pedagang dari luar datang ke Tanah Melayu mereka telah menurunkan sedikit sebanyak ilmu-ilmu mereka kepada masyarakat tempatan. Ilmu-ilmu yang mereka turunkan tersebut telah diguna dan dipelajari oleh masyarakat tempatan untuk lebih berpengetahuan. Namun,masih ramai di antara kita yang tidak sedar bahawa sistem pendidikan di negara kita pada waktu sekarang ini merupakan satu sistem yang diambil dan diguna pakai dari sistem pendidikan zaman Kesultanan Melayu Melaka.
            Sistem pendidikan di negara kita sekarang ini dikatakan merupakan satu kesinambungan daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah kerana, dapat kita lihat bahawa pada zaman tersebut,telah terdapat individu yang bergelar guru untuk mengajar murid-murid.Perkara ini merupakan satu persamaan dengan sistem pendidikan negara kita yang mana pada waktu kini juga terdapat individu yang bergelar guru untuk mendidik anak murid mereka bagi mendapat ilmu pengetahuan selaras dengan kehendak dunia global kini.  
            Kesinambungan yang diambil daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah diubah dan diperbaiki serta dimantapkan lagi supaya sistem pendidikan di negara kita dapat bergerak seiring dengan kehendak dunia luar dan juga kemajuan negara kita.

            Selain itu juga,kesinambungan lain yang turut dapat dilihat adalah berkaitan dengan penggunaan satu sistem bahasa kebangsaan yang sama pada setiap sekolah.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah pada masa sekarang ini merupakan satu kesinambungan daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana pada zaman tersebut juga,penggunaan bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas sehingga diangkat sebagai lingua franca.
            Sistem pendidikan negara kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah juga adalah sebagai satu wadah untuk merealisasikan semangat perpaduan dalam hati masyarakat negara kita yang berbilang kaum.Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah membuktikan bahawa penggunaan satu bahasa yang sama dapat mewujudkan satu semangat perpaduan yang kuat.
            Oleh yang demikian,dapatlah dikatakan di sini bahawa sistem pendidikan di negara kita merupakan kesinambungan daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
            

0 comments:

Post a Comment