TUGASAN ESEI KUMPULAN 3

Sunday, 14 July 2013


SOALAN ESEI MINGGU 3 :

Sistem pendidikan negara kita ada masa kini merupakan kesinambungan daripada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bincangkan.

AHLI KUMPULAN :

Rafidah, Suhana, Wawa, Joejie, Omar

            Sejarah pendidikan di negara kita bermula sejak tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka. Dalam tempoh beberapa abad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan  dan setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Perkara ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 1946 pendidikan di Tanah Melayu telah mengalami perubahan yang berlatar belakangkan Inggeris sehingga 31 Ogos 1957 apabila Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah Inggeris.
            Pendidikan negara kita mempunyai misi dan matlamat yang tersendiri malah dengan lebih jelasnya pendidikan di negara kita adalah lebih ke arah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat negara Malaysia. Oleh itu, sistem pendidikan di negara kita bersifat lebih fleksibel supaya pendidikan yang diperoleh oleh rakyat negara kita bertepatan dengan keperluan matlamat pendidikan dan keperluan perkembangan global.
            Seterusnya, perubahan dan kemajuan dalam sistem pendidikan di negara kita adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan marcapada ini. Namun, jika dipandang sejarah awal pendidikan di negara kita sejenak terutamanya zaman kesultanan melayu Melaka adalah jelas kelihatan bahawa sistem pendidikan di negara kita bukanlah sesuatu yang baru dirangka malah merupakan kesinambungan daripada zaman kesultanan melayu Melaka.
            Kesinambungan daripada zaman kesultanan melayu Melaka dalam sistem pendidikan dalam negara kita dapat dilihat daripada beberapa aspek. Pertamanya, kedatangan Islam pada abad ke-15 ke rantau Asia menjadikan sistem pendidikan pada masa itu berteraskan agama Islam. Jika kita lihat dalam sistem pendidikan di negara kita pendidikan Islam di negara kita begitu dititikberatkan. Hal ini dapat dibuktikan walaupun negara kita telah mengalami beberapa fasa perubahan dalam sistem pendidikan Pendidikan Islam masih menjadi subjek teras kepada pelajar Islam. Selain itu, kewujudan sekolah agama Islam pada sesi petang serta sekolah agama pada peringkat menengah. Di sini, kita dapat lihat bahawa pengajian Islam di negara kita merupakan kesinambungan daripada zaman kesultanan melayu Melaka.
            Dalam pada itu, jika kita lihat sistem pendidikan di negara kita pada hari ini mewajibkan setiap pelajar lulus matapelajaran bahasa Malaysia untuk mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia. Perkara ini mungkin biasa jika dipandang dengan mata kasar kerana kita berpendapat bahawa kelulusan dalam subjek bahasa Malaysia adalah memang wajib sebagai rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, jika kita lihat dengan lebih teliti di sini terdapat kesinambungan daripada zaman kesultanan Melayu Melaka iaitu sistem pendidikan di negara kita memartabatkan bahasa Malaysia atau dahulukannya dikenali sebagai Bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua-franca dalam zaman kesultanan melayu Melaka suatu ketika dahulu.
            Konklusinya,  sistem pendidikan di negara kita bukanlah sesuatu yang baru tetapi merupakan sesuatu yang dibentuk sejak zaman sebelum merdeka hingga sekarang. Malah untuk mencapai pendidikan marcapada ini struktur pendidikan di negara kita telah mengalami beberapa kali perubahan dan penambahbaikan serta jika dikaji dengan lebih teliti sistem pendidikan di negara kita merupakan kesinambungan zaman kesultanan melayu Melaka.

0 comments:

Post a Comment