TUGASAN ESEI KUMPULAN 3

Thursday, 27 June 2013


TUGASAN ESEI KUMPULAN 3 

AHLI KUMPULAN 3 :

Joejie, Zatie, Omar, Rafidah, Nora, Fatin Najwa, Atiqah, Husna, Wan, Firdaus

TAJUK ESEI MINGGU 1 : 

Kenapa KSSR dibawa masuk menggantikan KBSR dalam sistem pendidikan hari ini?

            KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.

            Pembangunan insan mestilah bermula di peringkat kanak-kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan nilai-nilai murni dan nilai moral yang baik serta disemai dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran di peringkat sekolah. Pemantapan kurikulum juga diadakan dengan memperkenalkan mata pelajaran baharu iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). Melalui mata pelajaran ini pelajar di sekolah rendah dan menengah diajar mengenai pendidikan kesihatan diri dan pendidikan kesihatan berkaitan seks.

            Apa yang jelas KSSR juga diperkenalkan untuk menangani isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu, bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan terhadap kecemerlangan akademik. Justeru, terlalu pendekatan sebegini ia mem­beri penegasan kepada pelaksanaan kaedah pen­taksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan pro­ses P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Murid jugs digalak meningkatkan pembabitan dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Sesungguhnya pelaksanaan KSSR diharap mampu membantu memperbaharui kuriku­lum sedia adsa serta memastikan is relevan de­ngan keperluan pendidikan semasa, sekali gus berfungsi sebagai agen perubahan bagi menca­pai objektif melahirkan modal insan terbilang dan berketrampilan tinggi.

Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.  Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah.

Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.

Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Kesimpulannya, KSSR membawa perubahan yang besar dalam sistem pendidikan di negara kita dengan menggantikan KBSR yang dilaksanakan yang sebelum ini yang dikatakan terlalu berpaksikan peperiksaan. Oleh itu, warga pendidik seharusnya berusaha bersungguh-sungguh dan berganding bahu untuk melaksanakan KSSR dengan sebaiknya agar dapat memenuhi keperluan mutu pendidikan negara dan seterusnya melahirkan generasi yang lebih cemerlang bukan sahaja dari segi akademiknya, malahan sahsiah dan moral pada masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment