Thursday, 4 July 2013
TAJUK ESEI MINGGU 1 :
Kenapa KSSR dibawa masuk menggantikan KBSR dalam sistem pendidikan hari ini?
Pada era global kini tranformasi
kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia telah banyak melakukan perubahan secara
berperingkat. Dalam sistem pendidikan, perubahan dilakukan iaitu kurikulum
sekolah rendah yang baharu telah diperkenalkan dan dilaksanakan secara
berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini. Sistem ini bermula pada
tahun 2011 dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi
kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta
ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR
telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan ilmu pengetahuan
yang luas, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran
dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku
teks. Oleh itu guru-guru sedang dilatih untuk memantapkan pengajaran melalui
sistem kurikulum baharu. Hal ini penting untuk meningkatkan penguasaan
murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan
teknik P&P menjadi lebih menarik dan interaktif jika menggunakan pendekatan
kurikulum baharu. Hal ini kerana ia lebih melibatkan penggunaan dua bahasa
tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam
subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
KSSR dibawa masuk menggantikan KBSR
di dalam sistem pendidikan pada hari ini merupakan salah satu proses penyusunan
semula dan penambahbaikkan kurikulum sedia ada. Perkara ini dibuat adalah untuk
memastikan anak-anak bangsa Malaysia sentiasa berpengetahuan dan berkemahiran tinggi iaitu sesuai dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran dunia maju. Dalam proses transformasi
kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penanda aras
dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan
setanding dengan pendidikan global. Hal ini berlaku kerana kerajaan dan
kementerian pelajaran ingin melonjakkan sistem pendidikan di mata dunia supaya
dipadang tinggi oleh negara lain. Sistem pendidikan adalah satu sistem
terpenting kerana untuk digelar sebuah negara maju sistem pendidikan yang
mamtap perlulah diwujud dan dilaksanakan. Jadi untuk memantapkan sistem
pendidikan ini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah haruslah diperkenalkan bagi
membangunkan industri pendidikan negara agar dikenali negara-negara lain serta
dapat melahirkan para pelajar yang berkebolehan tinggi.
Malahan itu, KBSR diganti kepada
KSSR juga adalah bertujuan bagi melahirkan insan yang seimbang, berfikiran
kritis dan inovatif. Dalam hal ini, perkara sebegini dapat diihat apabila
tunjang-tunjang baru diwujudkan bagi menggantikan tiga bidang KBSR. Dari
tunjang-tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR ia telah menggalakkan murid-murid
untuk lebih aktif di dalam kelas. Hal in kerana dengan KSSR para pelajar atau
murid lebih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang baru. Malahan itu juga
dengan kemasukan KSSR ini minda murid-murid akan lebih terbuka berbanding
Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang tidak berfokus kepada ICT. Dalam KSSR penguasaan
ilmu, nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global
turut dimuat dalam KSSR. Hal ini penting supaya murid-murid dapat dilatih untuk
sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan
semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi.
Pembelajaran ini penting kerana dengan adanya nilai-nilai cinta akan alam, mereka
dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada
masa akan datang. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah daripada
rebungnya”. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian
kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu
yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan
perkembangan fizikal murid itu sendiri.
Selain itu KSSR dibawa masuk
menggantikan KBSR di dalam sistem pendidikan hari ini adalah untuk menyelitkan
unsur Kerohanian, Sikap dan Nilai-Nilai yang positif dalam kehidupan. Aspek ini
melibatkan perasaan dalaman dan naluri seseorang murid itu sendiri. Hal ini
penting bagi memupuk dan melahirkan pelajar yang berwibawa. Perasaan dalaman
dan naluri murid adalah seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan
agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta
nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini haruslah diaplikasikan
menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid
yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam
kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan
mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan
mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi
masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang
bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri,
keluarga dan masyarakat.
Dengan adanya sikap seperti ini para pelajar akan
dapat bersama-sama menonjolkan sikap yang positif kepada seluruh warga negara. Selain
daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai
moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah
menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui aktiviti ko-kurikulum.
Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk
menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang
seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan
sikap prejudis antara kaum yang terdapat di negara kita. Aspek ko-kurikulum
adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan kerana ia melatih pelajar
agar bergaul dengan masyarakat.
Di samping itu juga, KSSR, dibawa
masuk bagi menggantikan KBSR pada hari ini adalah bagi membuat atu penggabungan
beberapa matapelajaran. Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan
Teknologi, ianya akan memberi pendedahan kepada kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) secara praktikal kepada murid-murid. Murid yang mempelajari
sesuatu yang baru secara lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti Microsoft
Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai
sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk
menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap
bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem teknologi. Pengajaran
ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran
menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan
menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid
menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan
bijak.
Disamping itu, KSSR dibawa masuk
menggantikan KBSR adalah bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi. Hal ini
kerana, sebelum-sebelum ini tiada unsur-unsur kreatif dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sangat meruncing kerana bagaimana negara mahu
maju jika tiada inovasi dan kretiviti dalam pembelajaran. Jika kita lihat
sesebuah negara tidak akan mencapai wawasan kegemilangan jika rakyatnya tidak
berfikir secara kreatif. Hal ini disokong hebat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan bahawa
"kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti,
dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif
dan kreatif". Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa keupayaan negara untuk
bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 memerlukan masyarakat yang
berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea
atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam
perlumbaan mengejar kemajuan.
Malahan itu jika sekiranya guru tidak mengamalkan
budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran
tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau
buku latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan
inovasi. Hal ini kerana unsur-unsur yang ada dalam sesuatu matapelajaran yang
dimuat dalam buku teks adalah terhad jika dibandingkan dengan pencarian
tersendiri. Akan tetapi jika pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen
inovasi) maka pelajar akan dapat melihat bahawa kaedah yang digunakan oleh guru
berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar untuk
turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru yang melakukan inovasi dalam
pendidikan secara tidak langsung akan menjadi "role model" untuk
mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila KSSR
menggalakkan seseorang guru itu inovatif dalam pengajaran, maka produktivitinya
juga akan meningkat. Jadi akhirnya seseorang guru itu dapat menghasilkan sesuatu
yang luar dari kebiasaannya terhadap anak muridnya.
Malahan itu, dalam membangunkan
dunia pendidikan negara selaras pendidikan negara maju, nilai-nilai pembangunan
insan sangat dititikberatkan. Selain itu juga KSSR diwujudkan adalah untuk
membangunkan modal insan. Pembangunan insan mestilah bermula dari peringkat
kanak-kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan nilai murni dan nilai moral yang
baik. Selain itu, pemantapan kurikulum
juga perlu dengan memperkenalkan mata pelajaran baharu iaitu Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). Melalui mata pelajaran ini pelajar di
sekolah rendah dan menengah diajar mengenai pendidikan kesihatan diri dan
pendidikan kesihatan berkaitan seks. Pendidikan sebegini sebenarnya penting.
Hal ini kerana bagi membuka minda murid lebih luas. Perkara sebegini amat
pening kerana “sebelum kudis menjadi tokak” perkara yang betul perlulah
dititikberatkan dalam pendidikan kerana jika tidak ia akan membawa bahana yang
buruk pada anak bangsa masa hadapan. Jadi sebelum terlambat kerajaan perlulah
sentiasa menaiktaraf serta menambah segala kekurangan dalam bidang kurikulum
pendidikan negara.
Apa yang jelas KSSR juga
diperkenalkan untuk menangani isu pendidikan seperti kepadatan jadual waktu,
bilangan mata pelajaran yang banyak serta keterlaluan penekanan terhadap
kecemerlangan akademik. Justeru, terlalu pendekatan sebegini ia memberi
penegasan kepada pelaksanaan kaedah pen-taksiran berasaskan sekolah bagi
menjadikan pro¬ses P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan. Murid jugs digalak meningkatkan pembabitan dalam
kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Sesungguhnya pelaksanaan KSSR
diharap mampu membantu memperbaharui kuriku¬lum sedia ada serta memastikan
segala matlamat sentiasa relevan de¬ngan keperluan pendidikan semasa, sekali
gus berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif melahirkan modal
insan terbilang dan berketrampilan tinggi.
Akhir sekali Penggantian KBSR kepada
KSSR juga telah memperkenalkan sistem band dalam penilaian prestasi
kecemerlangan murid.Jika kita menyusuri kembali zaman KBSR, sistem gred ini
digunakan untuk menilai tahap prestasi murid pada setiap hujung penggal
persekolahan. Sistem penilaian lebih terhad berbanding sistem kurikulum baharu
yang menggunakan sistem band. Sistem penilaian gred lebih terhad berbanding
band. Hal ini melalui sistem penilaian KSSR ini penilaian murid-murid telah
dilakukan secara berterusan.KSSR turut membolehkan semua pihak termasuk ibu
bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan
atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat
murid. Melalui pendekatan baru ini, ia membolehkan guru menilai murid dengan
lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap
penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam secara teratur
Jadi secara kesimpulannya pengaplikasian
KSSR ini juga banyak membantu serta memudahkan perjalanan dalam pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke tahun-tahun
seterusnya. Melalui cara seperti ini, para murid tidak akan merasa tertekan
dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Bahkan mereka sentiasa berasa
seronok dan tertarik dengan teknik pengajaran guru-guru selain pendekatan yang
lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak
. oleh yang demikian, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini telah mendukung cita-cita murni dan unggul
dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
dengan tujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
EDIT BY MSH
0 comments:
Post a Comment