SOALAN 1 : KUMPULAN 2

Thursday 12 September 2013

SOALAN ESEI MINGGU 12


SOALAN 1 : Sistem Pentadbiran di Malaysia pada hari ini adalah satu kesinambungan daripada sistem pentadbiran pada zaman kegemilangan Melaka. Bincangkan.


Kumpulan 2 : Oliver, Nazmie, Firdaus, Izzati, Fazlin       

Sistem pentadbiran semasa zaman Melayu Melaka sememangnya telah banyak mempengaruhi sistem pentadbiran negara Malaysia pada hari yang mana jika kita teliti dengan lebih mendalam lagi, terdapat kesinambungan antara satu sama lain. Seperti yang kita semua tahu, Semenanjung Tanah Melayu merupakan bekas tanah jajahan Inggeris sehinggalah negara kita mendapat kuasa sepenuhnya untuk memerintah negara ini pada tahun 1957. Keadaan ini secara langsung memberi ruang dan peluang kepada pihak British untuk mencorak Tanah Melayu mengikut acuan mereka sendiri terutamanya dari aspek politik dan ekonomi. Melihat dari aspek politik iaitu melalui sudut pentadbiran pada ketika itu, Sultan-Sultan masih mempunyai kuasa sebagai ketua negara, akan tetapi Sultan menerima seorang residen sebagai penasihat dalam semua hal-hal kerajaan kecuali hal-hal berkaitan agam Islam. Pada zahirnya, sememangnya pihak British sengaja letakkan sultan sebagai penaung utama dalam Semenanjung Tanah Melayu, walau bagaimanapun, kuasa-kuasa Sultan adalah sangat terhad sehinggakan mereka tidak mempunyai kuasa dalam menentukan sebarang keputusan. Hal ini berlaku kerana British sedar bahawa Sultan merupakan lambang perpaduan masyarakat Melayu pada ketika itu melalui konsep derhaka yang mana rakyat jelata tidak berani untuk menderhaka kerana risau akan dikenakan tulah. Oleh itu, sistem kesultanan masih dikekalkan dan tidak dihapuskan oleh pihak Inggeris untuk memastikan kedudukan mereka terjamin iaitu tidak wujud sebarang penentangan daripada masyarakat tempatan pada ketika itu yang sangat berpegang kepada konsep taat setia kepada Sultan. Perbezaan yang ketara hanyalah dilihat dalam kuasa Sultan yang mana pada semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Sultan mempunyai kuasa mutlak. Maka itu, melalui konsep inilah, asas sistem kesultanan yang dibina sejak zaman Melayu Melaka masih kekal di negara kita sehingga ke hari ini.
Jika pada hari ini kita melihat semula kepada sistem pentadbiran yang diguna pakai pada zaman Melayu Melaka dengan kerajaan Malaysia pada hari ini, tidak dinafikan lagi ia merupakan satu warisan kesinambungan yang telah diwarisi oleh negara kita dalam membina sebuah negara yang berdemokrasi. Mungkin ada segelintir pihak yang tidak bersetuju mengenai pernyataan ini, akan tetapi jika kita kembali kepada sejarah kerajaan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara pada sekitar abad ke-15, baginda sebagai pemerintah ketika itu  telah membina satu corak pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem ini merupakan salah satu sistem yang membahagikan tugas pembesar dalam skop yang lebih specifik kepada Bendahara, Penghulu bendahari, temenggung dan laksamana. Hal ini penting untuk memastikan kelancaran pemerintahan kerajaan Melaka kerana Parameswara sedar bahawa baginda tidak mampu untuk mentabir kerajaan tersebut dengan seorang diri terutamanya kepada kerajaan yang masih belum stabil pada ketika itu. Oleh itu, bendahara memegang amanah serta tanggungjawab yang paling berat dalam menjadi orang kanan terpenting memastikan kelancaran perjalanan kerajaan tersebut. Sebagai contohnya, antara tugas bendahara adalah menjadi penasihat raja dalam pentadbiran dan juga menteri utama.
Sama seperti kerajaan Malaysia pada hari ini yang mana tugas mentadbir negara diamanahkan kepada Perdana Menteri yang dibantu oleh kabinet-kabinetnya. Bendahara Melaka serta Perdana Menteri memegang tanggungjawab yang sama dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Jika pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, bendahara dibantu oleh pembesar-pembesar lain iaitu pembesar berlapan, pembesar berenam belas dan bertiga puluh dua. Maka itu, perdana Menteri pada hari sebagai ketua Jemaah menteri  dibantu oleh ahli-ahli Jemaah menteri lain dalam memastikan pentadbiran negara dapat bergerak seiring dengan pembangunan negara. Hal ini dapat dilihat melalui tugas Perdana Menteri yang menjadi ketua pentadbir utama negara dan pegawai diplomat utama negara. Sama seperti zaman kesultanan Melayu Melaka, teori pengasingan kuasa dilaksanakan untuk memastikan tidak wujudnya pemdominasian kuasa antara satu sama lain. Namun begitu, setiap pembesar sebagai jentera penggerak negara haruslah bergantung antara satu sama lain dalam mentadbir negara kerana badan-badan pentabir tersebut adalah berkaitan antara satu sama lain.
Keadaan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Malaysia dengan kerajaan Melayu Melaka pada zaman dahulu kongsi ciri-ciri yang sama jika dilihat secara kasarnya. Cuma yang membezakan di sini hanyalah cara pentadbiran dilaksanakan terutamanya dalam aspek kuasa Sultan yang berkuasa mutlak.  Pada hari ini, kuasa mutlak raja telah dikurangkan dengan wujudnya hak-hak seperti hak manusia dan sebagai. Kesimpulannya, zaman Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi asas kepada pentabiran Malaysia sehingga ke hari ini. Dengan ini, rakyat turut memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan kerajaan kerana sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi, rakyat menjadi tonggak utama kekuatan kerajaan Melaka sehinggakan salah satu faktor kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 turut disebabkan tiadanya perpaduan antara masyarakat yang mana majoriti masyarakat ketika itu telah hilang kepercayaan terhadap pemerintah negara sendiri.
Sungguhpun demikian, banyak perbezaan yang ketara dalam corak atau sistem pemerintahan masa kini dibandingkan dengan ketika era kesultanan Melayu Melaka. Selari dengan peredaran masa dan suasana pasca penjajahan, sistem pemerintahan di Malaysia adalah berkiblatkan sistem yang diamalkan di negara bekas penjajah iaitu Britain. Pada era Kesultanan Melayu Melaka dahulu, sistem pemerintahan monarki diaplikasikan yang mana memusatkan kuasa kepada sultan atau pemerintah secara mutlak. Sultan yang mempunyai kuasa kukuh dan kuat menyaksikan segala suruhan dan arahannya mesti dilaksanakan dan tidak boleh dipertikaikan dalam apa cara sekalipun. Undang-undang digubal bertujuan memandu pemerintahan, mengawal kehidupan masyarakat dan menggariskan hukuman terhadap kesalahan jenayah terhad kepada golongan diperintah semata-mata.
            Melalui sistem pemerintahan monarki, sultan yang sedang memerintah berhak untuk melantik anaknya atau waris keluarganya yang disukai sebagai raja muda atau putera raja.  Hal ini memberi keistimewaan kepada golongan pemerintah berkenaan yang mana kedudukan mereka terjamin dan tidak boleh disaingi oleh orang lain. Pembesar-pembesar lain yang menduduki istana juga dilantik oleh sultan. Kebanyakan mereka yang terpilih adalah yang mempunyai hubungan erat dengan sultan. Walaupun demikian, kelayakan dan akauntibiliti pembesar dijadikan kriteria utama untuk menduduki jawatan sebagai pembesar negeri.
            Sistem pemerintahan hari ini pula bercorak demokrasi berparlimen. Demokrasi berparlimen terbahagi kepada dua bentuk iaitu sistem Republik dan sistem  Raja Berperlembagaan. Tetapi di Malaysia, sistem yang diamalkan ialah berbentuk Raja Berperlembagaan. Signifikannya ialah sistem tersebut dapat mengekalkan kedudukan sultan sebagai ketua negara yang menjadi lambang dan identiti masyarakat Melayu di Malaysia di samping lebih mirip kepada bentuk pemerintahan tradisional tempatan berbanding negara Republik. Tidak dinafikan bahawa perubahan terhadap kuasa raja yang lebih terhad, sistem giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong, dan rakyat diberi kuasa memilih kerajaan memerintah sedikit sebanyak telah mengubah sistem tradisional kepada sistem yang dibawa pihak penjajah.

            Yang di-Pertuan Agong hanya berperanan sebagai ketua negara manakala peranan ketua kerajaan diberikan kepada Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet atau jemaah menteri. Perdana Menteri membentuk kerajaan Persekutuan melalui lebih suara di Dewan Rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya umum. Parti yang memperoleh 2/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat akan diberi mandat membentuk kerajaan. Hal ini kerana negara kita mengamalkan sistem first past the post sebagaimana yang diamalkan di Britain. Sistem ini memberi kuasa kepada parti yang berjaya memperoleh kerusi parlimen terbanyak sekurang-kurangnya  majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Berbeza dengan satu kaedah lagi iaitu sistem perwakilan berkadaran atau proportional representation yang diamalkan di Amerika. Sistem ini memberikan kuasa memerintah kepada parti yang mencapai jumlah undi tertinggi secara keseluruhan. Atas sebab inilah pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat tidak berjawa menawan Putrajaya daripada parti Barisan Nasional yang memperoleh kerusi terbanyak di Dewan Rakyat sekalipun undi popular dimenangi Pakatan Rakyat sebanyak 50.87% undi berbanding Barisan Nasional hanya 47.38% undi (Mohd Hasbie Muda, 2013).
            Para jemaah menteri pula dipilih oleh Perdana Menteri daripada kalangan ahli-ahli parlimen untuk memegang portfolio tertentu. Menteri-menteri kebinet berkenaan ditugaskan di kementeriannya berdasarkan bidang kuasa ditetapkan dan agensi-agensi di bawah kementerian itu ditubuhkan sebagai pelaksana dasar yang dibuat di peringkat kementerian. Sistem birokrasi ini diteruskan sehingga ke peringkat negeri, daerah atau jajahan, dan cawangan-cawangan kecil terus kepada rakyat.
            Kesimpulannya, sistem pemerintahan monarki yang berpusatkan sultan memberikan keistimewaan kepada pemerintah secara total berbanding sistem demokrasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka yang menepati kehendak dan aspirasi mereka. Kedua-dua sistem mempunyai pro dan kontranya namun terpulang kepada kedua-dua golongan pemerintah dan rakyat untuk saling memainkan peranan masing-masing untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan progresif.





SOALAN 1 : KUMPULAN 5

SOALAN ESEI MINGGU 12


SOALAN 1 : Sistem Pentadbiran di Malaysia pada hari ini adalah satu kesinambungan daripada sistem pentadbiran pada zaman kegemilangan Melaka. Bincangkan.

Kumpulan 5 : Faiz, Faez Jawawi, Jay, Ilya, Husna


Titik-titik permulaan pentadbiran pada zaman kesultanan Melayu Melaka telah menjadi kesinambungan di dalam sistem pentadbiran negara kita pada masa kini. Namun begitu, meskipun sistem pentadbiran ini telah mengalami evolusi yang panjang dan liku-liku sejarah tersendiri daripada monarki mutlak pada zaman silam kepada sistem Raja Berperlembagaan yang progresif pada zaman ini. Walaupun beberapa aspek sistem itu berubah, namun institusi raja di negara ini tetap kekal dengan fungsinya yang penting dan tersembunyi.
Sebagaimana yang kita ketahui, sistem pentadbiran pada zaman kesultanan Melayu Melaka berkonsepkan di mana seorang raja bertanggungjawab ke atas semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negara. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan dan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar pemerintahan. Raja memiliki kuasa mutlak yang tidak boleh dipersoalkan. Maka dengan itu, segala arahan, tindakan dan hukuman yang dijatuhi oleh raja perlu dipatuhi dengan sepenuhnya. Kini, Malaysia tidak lagi menggunakan sistem beraja berkuasa mutlak dan telah digantikan dengan Sistem Raja Perlembagaan. Oleh kerana itu, kita dapat lihat bahawa sistem beraja di Malaysia yang sambung-menyambung tanpa henti sejak zaman kesultanan Melayu Melaka memperlihatkan bahawa sistem beraja telah menjadi sebuah institusi yang hidup dalam masyarakat Malaysia. Hal ini sangat sinonim dengan peribahasa yang berbunyi ‘Surat atas batu, tidak akan pupus-pupus’.
Pemerintahan raja-raja Melayu adalah berteraskan kepada sistem monarki. Disamping mengamal dan mengutuhkan sistem monarki, ia juga mempunyai satu sistem yang unik dan unggul yang dikenali sebagai “Sistem Empat Lipatan”. Berdasarkan Sistem Empat Lipatan ,terdapat beberapa lapis golongan pembesar. Raja atau Sultan dan kerabat diraja menduduki heirarki tertinggi, diikuti empat orang pembesar yang menduduki tangga kedua. Pembesar dalam sistem ini ialah Bendahara, Laksamana, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Dikiaskan dengan sistem pentadbiran masa kini, empat jawatan ini masing-masing sama tarafnya kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan atau Ketua Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Menteri Kewangan. Setiap pembesar mempunyai tugas dan peranan yang tersendiri bagi mengawal sistem pentadbiran mereka berjalan dengan lancar.
Kesemua pembesar-pembesar ini saling bantu-membantu dan bekerjasama bagi memastikan negeri Melaka aman dan makmur sepanjang masa. Sultan merupakan ketua negeri di Melaka. Baginda juga merangkap ketua politik, ketua tentera, ketua agama Islam dan pentadbiran. Sultan Melaka menjadi lambang keagungan negeri Melaka dan para pembesar membantu baginda dalam menguruskan hal-hal pentadbiran seharian. Tun Perak merupakan Bendahara Melaka yang paling diingati dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka kerana berjaya membawa Melaka ke zaman kegemilangan di bawah pemerintahan tiga orang Sultan Melaka. Penghulu Bendahari boleh disamakan dengan jawatan Menteri Kewangan pada zaman Malaysia moden kini.
Biasanya jawatan ini diwarisi secara turun-temurun. Gelaran bagi Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja. Penghulu Bendahari juga berperanan menjaga bangunan istana dan memastikan segala kelengkapan istana mencukupi. Dari segi adat istiadat pula, Penghulu Bendahari merupakan ketua adat bagi semua acara-acara rasmi yang melibatkan Sultan Melaka. Dalam erti kata yang ringkas, Penghulu Bendahari juga boleh diibaratkan sebagai setiausaha peribadi kepada Sultan. Bagi jawatan Temenggung pula, segala perkara yang berkaitan dengan ukuran, timbangan dan urusan perdagangan menjadi tanggungjawab mereka. Pembesar yang terakhir ialah laksamana. Laksamana bertanggungjawab menjadi ketua utusan politik dan perdagangan.
Jika kita lihat dari konteks agama, Agama Islam memainkan peranan yang sangat penting  pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Agama Islam telah menjadi agama anutan orang Melayu sejak dari dulu lagi. Oleh kerana itu, Agama Islam sentiasa dipelihara dan kini telah menjadi agama rasmi persekutuan. Namun begitu, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Peranan agama Islam pada masa kini merupakan kesinambungan zaman kerajaan Melayu  Melaka. Ianya  telah berkembang pesat dan agama Islam telah dijadikan agama rasmi  negara kita, walaupun penduduk di negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Ini menunjukkan bahawa agama Islam merupakan agama yang sangat dihormati dan masih terpelihara walaupun negara kita telah dijajah.  
Pada masa kini di Malaysia, beberapa agensi kerajaan telah ditubuhkan dan  terlibat secara langsung dalam memelihara dan menjaga martabat agama Islam. Contohnya seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAIS, Tabung Haji dan sebagainya. Mereka secara tidak langsung bertanggungjawab memelihara agama Islam. Agama Islam berkembang dengan hikmah untuk memajukan umat Islam, malah tidak memudaratkan yang bukan Islam. Kejayaan kita pada hari ini merupakan suatu yang perlu dipandang dan diperhalus oleh negara-negara lain bukan hanya negara-negara Islam tetapi juga negara-negara bukan Islam.
Sistem pentadbiran cukai telah wujud sejak zaman sebelum kedatangan penjajahan Barat lagi iaitu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Pada zaman kerajaan Melayu Melaka telah wujud peraturan-peraturan dan pelabuhan serta hal-hal yang berhubung dengan struktur percukaian yang melibatkan saudagar-saudagar asing dan tempatan. Pada ketika itu, pemungut cukai dan segala yang berhubung dengan cukai adalah di bawah tanggungjawab Penghulu Bendahari. Jawatan yang bertanggungjawab untuk memungut cukai ialah Shahbandar. Mereka merupakan golongan yang menguatkuasakan peraturan-peraturan dan undang-undang pelabuhan melalui kuasa yang telah diberikan oleh raja. Pada masa yang sama cukai kepala juga dikenakan kepada setiap rakyat yang mengusahakan tanah dikawasan pemakanan pembesar ini. Sistem pentadbiran cukai ini telah menjadi sambungan pada masa kini dimana hasil cukai banyak menyumbang kepada pendapatan negara Malaysia pada masa kini terutamanya cukai tanah seperti yang termaktub dalam Perkara 83 di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Seterusnya, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dalam sistem pentadbiran. Bukan itu sahaja, malah pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi bahasa Melayu digunakan dengan meluas sebagai bahasa untuk urusan perdagangan sehingga menjadi bahasa lingua franca di kepulauan Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan bahasa perdagangan. Semua pedagang asing yang datang ke Melaka akan menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung atau menjalankan apa sahaja urusan dengan rakyat tempatan. Penggunaan bahasa Melayu memudahkan urusan perdagangan antara pembesar-pembesar Melayu dengan pedagang-pedagang asing.Hal ini dapat kita lihat bahawa penggunaan bahasa melayu kekal sehingga ke hari ini. Dalam era globalisasi ini juga, bahasa Melayu umpama ‘tak lekang dek zaman, tak luak dek masa’ dimana bahasa Melayu masih digunakan pada masa kini dan merupakan bahasa Kebangsaan serta digunakan dalam urusan rasmi kerajaan seperti yang terkandung dalam Perkara 152.

Kesimpulannya, walaupun Malaysia yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Kerajaan Melayu Melaka tetapi corak pentadbirannya masih dapat dikekalkan walaupun terdapat sedikit perubahan dibuat untuk memastikan ianya relevan dan setaraf dengan zaman globalisasi masa kini. Walaubagaimana pun, zaman kesultanan Melayu Melaka telah memberi impak yang besar kepada negara dalam membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi hingga kini. Jadi, sistem pentadbiran pada masa kini sentiasa menjadi kesinambungan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka dan telah membentuk satu identiti di negara kita. 

Sistem Pentadbiran yang Sistematik





SOALAN 2 : KUMPULAN 1

SOALAN ESEI MINGGU 12

SOALAN 2 : Huraikan sejarah Sabah dan Sarawak secara ringkas.


Kumpulan 1 : Aisyah, Amira, Zuraihah, Fahmi, Syazwan

1.0       Sejarah Sabah
Nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali oleh masyarakat Bajau sebagai pisang saba yang dipanggil "SABBAH " atau nama lainnya "SAPPAH" . Pisang ini sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' ini juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun. Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hinggalah ke Kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Secara dasarnya, nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.
Pada tahun 1881, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara’ secara rasminya setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Namun, nama 'Sabah' digunakan semula pada tahun 1963 selepas menyertai Malaysia. Sabah telah disebut sebagai 'Seludang', berdasarkan catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, pada ketika itu Sabah dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei. Penempatan manusia bermula di Sabah atau Borneo Utara adalah sejak  27 000 tahun yang lalu. Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kekuasaan kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah pada tahun 600 Masihi, perhubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Brunei  dan  Kerajaaan Cina pada ketika itu telah direkodkan. Penempatan Cina dikatakan berada di kawasan Kinabatangan berdasarkan sumber arkeologi kerana terdapat jumpaan seramik yang ditemui di kawasan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti petukaran barang, seramik dan rempah ratus pernah berlaku. Sebelum pendudukan British, Kepulauan Borneo mempunyai  tiga bentuk sistem politik iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik Kesultanan dan sistem politik kuasa bebas. 
Sistem politik kesukuan terdapat di kawasan pedalaman yang dianggap merdeka dan dihuni oleh kaum-kaum Dusun, Murut dan Sungai. Kaum-kaum ini hidup terpisah dengan kumpulan lain atas faktor-faktor geografi seperti banjaran, bukit bukau, sungai dan jeram. Bagi politik Kesultanan, sistem ini wujud di sekitar persisiran pantai barat dan timur Borneo Utara dan bertapak kukuh di Pantai Barat. Kawasan-kawasan ini di uruskan atau di tadbir oleh wakil-wakil kesultanan Brunei. Walaupun dalam sistem Kesultanan Brunei tanah dan rakyat terletak di bawah kuasa mutlak Sultan, namun dalam kes Borneo Utara, kaum bangsawan Brunei diberi hak ke atas tanah dan penduduk. Hal ini menyebabkan tanah-tanah di Pantai Barat terpecah kepada 3 iaitu tanah milik para pengiran, tanah kuripan dan tanah Sultan. Sistem politik yang ketiga pula ialaah, sistem politik kuasa bebas. Sistem ini wujud disebabkan keberanian, keperwiraan seseorang tokoh yang dapat mencabar kuasa Sultan.Tokoh-tokoh ini menegakkan kekuasaan dan kewibawaan mereka melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf atau menghiraukan kuasa-kuasa lain. Golongan-golongan adalah daripada ketua-ketua yang mempunyai pertalian darah dengan kesultanan Sulu serta keturunan Arab Sharif. Contoh tokoh-tokoh ini adalah seperti Sharif Usman yang memerintah Marudu sekitar tahun 1830-1840.
Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Dengan itu, Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjaran, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah  iaitu bahagaian Pantai Timur Borneo kepada Sultan Sulu. Kemudiannya, British mula bertapak ke atas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan  Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudiannya,  Dalrymple telah menggantikan nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun, pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.  Pada tahun 1840-an British telah berunding dengan Sultan Brunei untuk menyerahkan Labuan yang terletak di Barat Laut Borneo. British ingin menjadikan Labuan sebagai pangkalan, melombong arang batu, membanteras lanun serta meningkatkan perdagangan. Labuan kekal di tangan  British sehingga tahun 1907, apabila Labuan diletakkan di bawah kerajaan negeri-negeri Selat.
Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan Sultan Brunei selama 10 tahun dengan sewa sebanyak  $ 9,500 setahun  . Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris. Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck  berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877, Overbeck telah berjaya mendapatkan pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun. Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan Sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan Sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun.
Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan senjata api dan ubat bedil.  Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”. British walaubagaimanapun mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent. Pada tahun 1888, Borneo Utara diletakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah pengaruh British. Sepanjang pemerintahan syarikat British di Borneo Utara, banyak pembangunan telah pun dilakukan. Walaupun pemerintahan British berada dalam keadaan aman, masih terdapat juga beberapa penentangan seperti penentangan Mat Salleh (1894-1900) dan penentangan Rundum oleh kaum Murut pada tahun 1915. Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus.
Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula. Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.
Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.

2.0       Sejarah Sarawak
            Sarawak adalah sebahagian daripada Kesultanan Brunei. Sultan Brunei memrintah wilayah Sarawak melalui pembesar-pembesar yang berasal dari Brunei. Sarawak pada awalnya adalah sebuah daerah kecil yang dikelilingi Sungai Sarawak yang kaya dengan logam-logam emas dan antimony. Semasa pemerintahan Sultan Omar Ali Syaifuddin II, Sultan Brunei melantik seorang pembesar bernama Pangeran Mahkota dari Istana Brunei sebagai gabenor Sarawak. Beliau mengambil alih pemerintahan daripada pembesar tempatan.Penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan pemerintahan Pangeran Mahkota kerana beliau mengenakan cukai yang tinggi, memaksa rakyat bekerja di lombong-lombong tanpa gaji serta merampas hasil-hasil keluaran rakyat. Pada ketika ini, Pangeran Yusuf  tiba. Beliau merupakan bapa saudara Sultan Brunei yang dibuang dari istana. Pangran Yusuf ini menghasut penduduk tempatan supaya memberontak Gabenor Sarawak. Kesannya, kekacauan telah berlaku di Sarawak.
 Seterusnya, pada tahun 1836, pemberontakan telah berlaku terhadap Pangeran Mahkota yang dilakukan oleh Melayu dan Dayak Darat. Pemberontakan ini diketuai oleh datuk Patinggi Ali. Pangeran Muda Hasim telah dilantik oleh Sultan Brunei untuk mematahkan pemberontakan tersebut. Namun begitu, beliau gagal dan terpaksa meminta bantuan daripada James Brooke. Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik menjadi Gabenor Sarawak. James Brooke mendapatkan bantuan daripada kapten Henry Keppel dan kapal Dido, kapal-kapal kepunyaan tentera diraja British (Phlegethon, Albatross, Roayalis) serta sebuah kapal SHT bernama Nemesis. Akhirnya, James Brooke berjaya membantu Raja Muda Hashim memadamkan pemberontakan itu. Pangeran Mahkota diusir keluar dari Sarawak. Mengikuti perjanjian, James Brooke telah diisytiharkan sebagai Raja Sarawak dengan gelaran Raja Putih. Beliau mengamalkan sistem pemerintahan monarki iaitu raja mempunyai kuasa mutlak  di samping sistem pemerintahan tradisional juga diteruskan. Akan tetapi, taraf beliau hanyalah sebagai ‘Gabenor’. Wilayah Sarawak masih lagi di bawah kuasa Sultan Brunei. Kawasan pemerintahan James Brooke adalah bermula dari Tanjung Datu hingga ke kuala Sungai Samarahan.
Pada tahun 1846, kuasa pentadbiran kawasan Tanjung Datu hingga ke Kuala Sungai Samarahan telah diserahkan secara sah kepada James Brooke. Beliau bersetuju membayar pampasan tahunan kepada Sultan Brunei dan pangeran Muda Hasim sebanyak $1000, $300 kepada Datu Patinggi, $150 kepada Datu Bandar dan $100 kepada Datu Temenggung. James Brooke mempunyai hubungan yang baik dengan pembesar-pembesar tempatan. Beliau telah melantik pembesar-pembesar tempatan menjadi penasihat kanan dalam pentadbirannya. Dalam pada pemerintahan Raja Putih, Majlis Tertinggi (1855) Majlis Negeri (1868) telah dibentuk bagi membantu pentadbiran. Majlis tertinggi berfungsi untuk membuat dasar yang berkaitan dengan Sarawak. Kemudiannya, James Brooke meluaskan kuasanya ke  atas Mukah. Mukah merupakan kawasan yang kaya dengan sagu. James Brooke telah mendapat kebenaran daripada Sultan Brunei bagi meletakkan Mukah di bawah kuasanya. Beliau telah mendirikan kota di sarikei keranan ingin menjaga keamanan di kawasan tersebut. Lingkungan tahun 1853 hingga tahun 1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawaasan kepada James Brooke  iaitu Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Samarahan, Krian, Sekrang dan kawasan bermula dari Rajang hingga ke Tanjung Kidurong.
Pada tahun 1885, Sungai Trusan telah menjadi sebahagian daripada Sarawak. Kawasan ini diserahkan oelh Sultan Brunei kerana penduduk di situ sering bertelingkah. Pemerintahan James Brooke telah diteruskan oleh Charles Brooke selepas kematiannya pada 1868. Charles Brooke telah bertindak meneruskan usaha bagi meluaskan sempadan Sarawak. Majlis Negeri turut dibentuk. Majlis Negeri ini berperanan dalam memberi peluang kepada pegawai dan pembesar dari kawasan baru menyuarakan masalah. Ahli bagi Majlis Negeri ini adalah terdiri daripada ahli Majlis Tertinggi, pegawai-pegawai kanan Eropah dan Melayu serta ketua-ketua kaum Iban.  Pada ketika ini juga, orang Kayan dan Sungai Baram memberontak terhada kerajaan Brunei. Mereka enggan membayar cukai kepada Sultan Brunei srta menghalau pemungut-pemungut cukai yang datang daari Brunei.  Raja Charles Brooke telah membincangkan perkara ini dengan Sultan Brunei. Hasil daripada perbincangan tersebut, Sultan Brunei  telah membenarkan Charles Brooke memerintah kawasan ini dengan bayaran tahunan yang tinggi.   Dalam tahun yang sama, Sarawak telah dibahagikan kepada lima bahagian. Hal ini adalah bagi memudahkan pentadbiran. Setiap bahagian diketuai oleh seorang Residen dan dibantu oleh Penolong Residen yang terdiri daripada orang Eropah. Manakala, setiap residen dibantu oleh pegawai tempatan yang digelar Pegawai Anak Negeri. Mereka berperanan dalam menasihati Residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan. 
Setiap bahagian mempunyai majlis yang dipengerusikan oleh Residen dan pegawai-pegawainya. Di peringkat kampung pula, ketua penduduk menjalankan tugas dengan mengekalkan peraturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai. Jika dilihat, sistem pentadbiran Raja Putih di Sarawak berjaaya menggabungkan sistem barat dengaan unsur-unsur tempatan. Pada tahun 1890, Limbang telah diserahkan oleh Sultan Hashim (sultan baru) kerana ketua-ketua dan penduduk-penduduk sering memberontak terhadap Sultan Brunei. Manakala, Bandar Lawa dan petempatan-petempatan di sepanjang sungai-sungainya adalah milik Borneo Utara.    Penduduk Lawa dan kawasan sekitarnya merupakan suku bangsa yang sama seperti penduduk di Sungai Trusan yang  telah pun menyertai Sarawak. Oleh yang demikian, pada tahun 1905, Sarawak telah membeli Lawa dari Syarikat Borneo Utara. Pada tahun 1941,Vyber Brooke telah membentuk satu perlembagaan bagi Sarawak. Dalam perlembagaan tersebut, Vyner Brooke telah menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. Majlis Tertinggi mempunyai ahli sebanyak 5 orang, manakala Majlis Negeri pula mempunyai ahli seramai 25 orang iaitu 14 orang ahli rasmi dilantik daripada pegawai perkhidmatan wan Sarawak dan 11 ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Raja Brooke bagi menjaga kepentingan penduduk. Vyner Brooke telah berjanji ingin memberikan kemerdekaan kepada Sarawak.
Pada 1 Julai 1946, Sarawak telah menjadi tanah jajahan British. Hal ini bermakna, tamatnya pemerintahan Raja Putih secara rasmi dan British meluaskan kuasa penuh ke atas Sarawak. Pada 8 Disember 1946, selepas Perang Dunia Kedua, British mengambil alih Sarawak.Kerajaan kolonial mula untuk membiarkan Sarawak secara beransur-ansur bergerak ke arah cara bebas. Dalam 10 tahun yang pertama, British telah mengekalkan Perlembagaan tahun 1941 yang diilhamkan oleh Raja-raja Brooke. Kemudiannya, Majlis Tempatan telah dtubuhkan pada 1948 yang bertujuan memberikan latihan kepada penduduk dalam pemerintahan. Majlis Tempatan tersebut berkuasa dalam menguruskan pelajaran kesihatan, bekalan air, bekalan kuasa elektrik, jalan raya daan pungutan cukai. Namun, pada taahun 1956, kerajaan British telah meluluskan perlembagaan baru. Perlembagaan ini telah dikuatkuasakan pada 1 April 1957. Dalam perlembagaan tahun 1956 ini, Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri terus wujud bagi membantu Gabenor Sarawak. Ahli majlis Tertinggi adalah seramai 10 orang, manakala ahli Majlis Negeri seramai 22 orang yang dipilih oleh rakyat secara tidak langsung dari Majlis Daerah ke Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri. Majlis Tempatan pula telah diubah menjadi Majlis Daerah.
Pada 27 Mei 1961, Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman, yang dicadangkan dekat politik dan ekonomi kerjasama di antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (Sabah sebagai dikenali ketika itu) dan Brunei dalam bentuk penggabungan. Seterusnya, pada 22 Julai 1963, Sarawak diteruskan ke arah kerajaan sendiri sebagai sebuah negara berdaulat dengan kabinet negeri yang diketuai oleh yang pertama Ketua Menteri Tan Sri Stephen Kalong Ningkan. Pada 9 Julai 1963 pula, Perjanjian Malaysia telah ditandatangani oleh Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Terdapat perjanjian 18 perkara Sarawak dalam proses mewujudkan Malaysia. Tujuannya perjanjian ini adalah untuk melindungi kepentingan dan hak-hak dan autonomi rakyat negeri ini selepas pembentukan Malaysia. Malaysia telah ditubuhkan pada 16 September 1963, dan terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah). 

SOALAN 2 : KUMPULAN 3

SOALAN ESEI MINGGU 12

SOALAN 2 : Huraikan sejarah Sabah dan Sarawak secara ringkas.

Kumpulan 3 : Najwa, Rafidah, Suhana, Joejie, Omar

Sarawak dan Sabah terletak di Kepulauan Borneo yang berada di tengah-tengah laluan perdagangan yang luas lagi menguntungkan. Kedudukan pulau Borneo yang tersilang dari setiap penjuru oleh sungai-sungai, teluk-teluk, tanah yang subur dan megah dengan barang-barang dagangan dari serata dunia. Kesemua ciri di atas telah menarik kuasa imperialis Barat iaitu British untuk menguasainya. Sebelum kedatangan kuasa British, pembesar-pembesar Brunei yang digelar Pangeran telah ditugaskan untuk mentadbir setiap wilayah di Sarawak dan Sabah. Kemudian, setelah British bertapak di Sarawak dan Sabah, tugas mentadbir negeri tersebut telah diambil alih oleh Gabenor yang terdiri daripada golongan kulit putih. Namun, setelah Sabah dan Sarawak menyertai kerajaan Malaysia pada 16 September 1946, secara tidak langsung Sabah dan Sarawak bebas daripada cengkaman British dan mampu mentadbir mengikut acuan sendiri.
Sabah dan Sarawak mempunyai sejarah yang luar biasa dan unik . Pada asalnya, Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada tanah jajahan Brunei. Pada abad ke-enam, kerajaan Brunei merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai tanah jajahan yang luas dan merupakan antara empayar yang kuat suatu ketika dahulu. Buktinya, beberapa siri serangan oleh Sepanyol dapat dipatahkan oleh Brunei. Namun begitu, setelah kemangkatan Sultan Bolkiah pada kurun ke-16, kerajaan Brunei menjadi semakin lemah. Kawasan jajahan yang begitu luas menjadi sukar untuk dikawal akibat berlakunya konflik dalaman dan perebutan tanah jajahan oleh pembesar-pembesar tempatan. Di Sarawak, kekacauan dan pemberontakan yang terjadi di kawasan antara Sungai Skrang dan Sungai Saribas yang diketuai oleh Pangiran Yusof telah mengakibatkan Sultan Brunei terpaksa mengarahkan Pangiran Muda Hasyim bagi menamatkan kekacauan yang berlaku. Namun begitu, usaha untuk menghentikan kekacauan itu tidak berjaya sehinggalah ketibaan James Brooke pada tahun 1839. Semenjak itu, James Brooke memulakan usahanya untuk memperkukuh kuasanya di Sarawak. Akhirnya, setelah beberapa siri perjanjian dilakukan, James Brooke telah berjaya mengukuhkan kuasanya di Sarawak pada 1841.
Bagi negeri Sabah, sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai sistem pemerintahan Beraja. Disebabkan itu, sistem politik Sabah terbahagi kepada tiga mengikut kawasan iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas. Pada abad ke-17, Sabah telah berada di bawah tanah jajahan Kesultanan Brunei. Kekuasaan Kesultanan Brunei di Sabah pula berkurang pada tahun 1662 apabila berlaku perebutan kuasa di Brunei sehingga Sultan Muhyiddin terpaksa menyerahkan bahagian kawasan timur laut Sabah kepada Kesultanan Brunei.
British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan  Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.Pada tahun 1840-an British telah berunding dengan Sultan Brunei untuk menyerahkan Labuan yang terletak di Barat Laut Borneo. British ingin menjadikan Labuan sebagai pangkalan, melombong arang batu, membanteras lanun serta meningkatkan perdagangan. Labuan kekal di tangan  British sehingga tahun 1907, apabila Labuan di letakkan di bawah kerajaan negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun  dengan Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris. Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck  berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun. 

Pada tahun 1881, Sabah telah ditadbir oleh Kompeni Berpiagam Borneo Utara (British North Borneo Charted Company) yang ditubuhkan  di London. Bentuk pentadbiran kompeni ini adalah pentadbiran secara tidak langsung di mana gabenor menjadi ketua kompeni. Gabenor ini dibantu oleh Majlis penasihat yang terdiri daripada pegawai kanan kompeni. Majlis ini tidak mempunyai wakil masyarakat peribumi di mana kompeni perlu berkerja rapat dengan pembesar tempatan atau perwakilan mereka bagi mentadbir sabah.
Di bawah pentadbiran SBUB, Sabah dibahagikan kepada beberapa residensi iaitu residensi Pantai Barat, residensi Sandakan, residensi Tawau dan residensi pedalaman. Setiap residensi ditadbir oleh seorang residen dan residensi ini dipecahkan kepada beberapa daerah yang ditadbir oleh pegawai daerah yang terdiri daripada pegawai British. Selain itu juga terdapat juga pembesar tempatan yang memainkan peranan dalam mentadbir negeri ini iaitu ketua anak negeri. Tugas ketua anak negeri ialah sebagai pembantu kanan pegawai daerah.
Namun demikian, di zaman pentadbiran SBUB terdapat penindasan dan eksploitasi yang dilakukan oleh pemerintahan Inggeris terhadap anak negeri. Tindakan pihak British yang menindas dan melucut hak-hak penduduk setempat. SBUB melantik ketua kampong yang bergelar Orang Tua di peringkat kampung. Hal ini kerana mereka memahami adat dan budaya masyarakat setempat.
Untuk menjaga keamanan negeri, SBUB melaksanakan undang-undang barat dan undang-undang tempatan. Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri diwujudkan. Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh ketua anak negeri. Martabat dan kewibawaan ketua-ketua peribumi dipertingkatkan melalui jawatan tersebut.
Matlamat penting SBUB adalah bertujuan untuk menguasai Sabah adalah untuk membolot kekayaan ekonominya. SBUB telah, mengeksploitasi kekayaan hasil tradisional Sabah seperti sagu, sarang burung, pokok lanut, trepan, sirip ikan yu dan rotan. Aktiviti pertanian, pembalakan dan perlombongan juga dikuasai oleh SBUB untuk mengaut keuntungan. SBUB mengeluarkan mata wang yang pertama pada tahun 1882.
Di Sabah juga, SBUB juga mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau. Tanaman-tanaman ini dapat diusahakan di Sabah kerana Sabah mempunyai tanah yang luas dan subur. Tembakau menjadi tanaman dagangan yang penting di Sabah kerana mutunya diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Tembakau di Sabah mendapat pasaran yang baik di Belanda dan Amerika Syarikat. SBUB menggalakkan  tanaman tembakau di Sabah dengan mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau. Menjelang tahun 1890 terdapat 61 buah ladang tembakau Sabah yang bernilai lebih daripada dua juta dolar.
 Pembinaan landasan kereta api telah membawa kepada pembukaan ladang-ladang getah di Beafort, Jesselton, dan Tenom. SBUB menggalakkan penanaman getah dengan cara memberi 4% dividen kepada pengusaha tanaman getah, pengecualian cukai eksport getah selama 50 tahun serta membawa masuk buruh dari China dan Jawa untuk bekerja di ladang. oleh sebab itu getah menjadi antara hasil eksport penting SBUB. Hasil balak di Sabah juga dikuasai oleh SBUB. Kegiatan balak ini banyak diusahakan di Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau. Oleh yang demikian SBUB membawa masuk buruh dari Indonesia dan Filipina untuk bekerja dalam kegiatan pembalakan. Hasil balak tersebut dieksport melalui Sandakan ke China, Singapura, Britain dan Australia. Selain daripada kegiatan pembalakan, SBUB juga menggalakkan kegiatan perlombongan di Sabah seperti emas, arang batu, dan mangan
SBUB juga menyediakan pelbagai kemudahan asas yang bertujuan untuk kepentingan dan keuntungan SBUB sendiri. Kemudahan asas seperti sistem pengangkutan. Pada tahun 1896, SBUB membina landasan kereta api yang pertama sepanjang 32 km bagi menghubungkan Weston dan Beaufort. Kemudiannya pada tahun 1905, landasan kereta api dari Beaufort disambung ke Jesselton dan seterusnya ke Tenom dan Melalap. Pembinaan landasan kereta api ini memudahkan pengangkutan hasil keluaran di bahagian pedalaman ke pelabuhan. Pembinaan kereta api juga menggalakkan pembukaan ladang getah di sekitar Beaufort Tenom dan Jesselton. Selain itu juga, SBUB membina jalan raya di Bandar-bandar besar seperti Jesselton, Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau. jalan raya yang dibina menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan Bandar dan pelabuhan. SBUB menyediakan sistem pengangkutan air dan sungai. Oleh yang demikian SBUB telah menubuhkan syarikat perkapalan seperti straits steamship mula berkhidmat pada tahun 1890 untuk mengangkut barangan dan penumpang dari dalam dan luar negeri.
SBUB kurang menumpukan perhatian dalam bidang pendidikan. Pada peringkat awal, sekolah-sekolah didirikan oleh mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama Kristian. Pada tahun 1909, Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan sekolah-sekolah di Sabah. Pada tahun 1915 pula sekolah latihan didirikan bagi anak-anak negeri. Manakala sekolah cina dikendalikan oleh masyarakat cina sendiri. SBUB hanya menyediakan pendidikan rendah kerana menganggap bidang pendidikan tidak menguntungkan.
Dalam kemudahan kesihatan SBUB menyediakan hospital-hospital di kawasan Bandar manakala pusat-pusat kesihatan di kawasan luar Bandar. Oleh kerana bilangan doktor tidak mencukupi dan perkhidmatan perubatan tidak dapat dinikmati oleh semua penduduk sabah. Perkembangan kegiatan ekonomi dan sosial di sabah telah membawa kemunculan Bandar-bandar baru seperti Sandakan, Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad Datu. Bandar-bandar ini kemudiannya berkembang menjadi pusat kegiatan ekonomi dan pusat pentadbiran.
Setelah diiktiraf sebagai Raja Sarawak James Brooke berusaha meluaskan kuasanya di Sarawak. Sepanjang tahun 1853 hingga 1905 beberapa peristiwa yang berlaku telah memberi peluang kepada keluarga Brooke untuk meluaskan kawasan pemerintahan mereka dengan bantuan angkatan laut British. Iaitu pertamanya,penentangan di Saribas dan Batang Lupar menyebabkan Sultan Abdul Mu’mein menyerahkan kawasan Sarawak antara Sungai Samarahan dengan Sungai Rajang kepada keluarga Brooke dengan bayaran 1500 dolar setahun. Manakala pada tahun 1861 kekacauan di sepanjang Sungai Rajang menyebabkan Sultan Mu’mein menyerahkan kawasan Sungai Rajang kepada keluarga  Brooke dengan bayaran 4500 dolar setahun. Seterusnya, pada tahun 1863 pembunuhan beberapa orang peniaga Sarawak oleh orang Murut di lembangan Sungai Trusan menyebabkan kawasan tersebut diserahkan kepada keluarga Brooke dengan bayaran 4500 dolar setahun. Dan akhirnya, pada  tahun 1905 Charles Brooke membeli Lawas daripada Sultan Hashim Jalal (1885-1906). Jadi kesemua peristiwa ini telah memudahkan proses keluarga Brooke meluaskan kuasa malah menjelang 1905, keluarga Brooke telah berjaya meluaskan wilayahnya ke sempadan Brunei dan sempadan  yang dibentuknya kekal hingga ke hari ini.
            Di negeri Sarawak pula, sepanjang pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak terdapat beberapa perubahan  yang dilakukan terhadap Sarawak iaitu dari segi pentadbiran, ekonomi,dan sosial. Pertamanya, dari segi pentadbiran James Brooke telah memperkenalkan sistem pentadbiran beraja. Pentadbiran juga dibantu oleh pembesar Melayu yang berpengaruh seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, dan Datu Temenggung. Walau bagaimanapun, pembesar Melayu hanya bertanggungjawab menasihati beliau dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang dan adat-adat tempatan. Dalam pada itu, James Brooke juga telah memperkenalkan Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri untuk melicinkan pentadbiran. Sarawak juga dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian. Sempena ulang tahun 100 tahun pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak Raja Charles Vyner Brooke mengisytiharkan Perlembagaan Baru Sarawak pada 24 September 1941. Perlembagaan ini merupakan sebuah perlembagaan yang bermakna dalam sejarah Sarawak kerana merupakan sebuah perlembagaan pertama  bertulis  dan perlembagaan ini juga menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Negeri. Walau bagaimanapun, perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana Perang Dunia Kedua meletus pada tahun 1941.
            Selain itu, dari segi ekonomi beberapa perubahan telah dilakukan untuk menjaga kepentingan ekonomi keluarga Brooke. Di bawah keluarga Brooke ekonomi Sarawak diberi lebih peluang kepada kaum Cina dalam bidang perlombongan  dan pembangunan ekonomi dan sosial tidak seimbang kerana tumpuan hanya diberi kepada Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua Sarawak. Walau bagaimanapun, secara ringkas ekonomi Sarawak terdiri daripada hasil hutan, perlombongan dan tanaman tradisional yang semakin mantap di bawah keluarga Brooke
            Akhirnya perubahan dari segi sosial ialah keluarga Brooke telah melaksanakan dasar pecah perintah.  Iaitu di bawah dasar pecah perintah dasar pentadbiran Brooke telah memisahkan setiap kaum  dalam kegiatan ekonomi. Contohnya, orang  Melayu terlibat dalam bidang pentadbiran manakala orang Iban dalam bidang ketenteraan. Selain itu, dasar ini juga memisahkan petempatan penduduk dan akibatnya perpaduan penduduk pelbagai kaum di Sarawak tersekat dan Raja Brooke dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai Raja Sarawak. Dalam pada itu, dari segi kemudahan asas pentadbiran Brooke mewujudkan kemudahan asas di kawasan bandar tetapi kurang memberikan perhatian di kawasan pedalaman.
Sarawak menjadi sebuah negara yang mutlak pada 22 Julai 1963 apabila Gabenor British Sir Alexander Waddel menyerahkan kuasa kepada anak tempatan iaitu Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan Timbalan Ketua Menteri pula adalah Datuk Amar James Wong Kim Min. Sarawak merdeka sebagai sebuah negara selama 77 hari sahaja kemudian memutuskan untuk bergabung dengan Sabah, Singapura dan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Manakala Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, apabila Gabenor Koloni, Sir William Goode menamatkan era kolonial Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dengan mengisytiharkan Borneo Utara membentuk kerajaan sendiri pada tarikh berkenaan. Namun, pengisytiharan rasmi kemerdekaan Sabah hanya dibuat pada 16 September 1963 di Padang Merdeka, Jesselton sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu oleh Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Mohd Fuad Stephens.
Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian dari Malaysia secara rasmi pada tanggal 16 September 1963 dengan persetujuan bahawa hak dan hasil negara adalah dikongsi bersama dengan 13 buah negeri yang lain atau 1/14. Sabah dan Sarawak turut mengemukakan tuntutan 20 perkara bagi sabah dan 18 perkara bagi Sarawak yang berkaitan dengan agama, bahasa, kewangan, hak Bumiputera Sabah dan Sarawak dan imigresen. Hal ini bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak.
Intihanya, Sarawak dan Sabah mempunyai sejarah mereka yang tersendiri. Akan tetapi, sejarah Sabah dan Sarawak hampir sama dengan negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, kesemua negeri tersebut pernah berada bawak penguasaan British. Apa yang membezakannya ialah bila pihak British mula bertapak dan berapa lama tempoh masa pemerintahan mereka. Matlamat mereka melebarkan kuasa ke Sabah dan Sarawak tetap sama iaitu ingin memonopoli hasil bumi serta menjadikan negeri-negeri tersebut sebagai tanah jajahan. Setelah tercapai objektif-objektif tersebut, mereka pun bersedia untuk membebaskan dan memerdekakan Sabah dan Sarawak. Penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu telah membentuk sebuah negara yang dinamakan sebagai Malaysia. Sejak itu, perkembangan dan pembangunan yang dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu turut sama-sama dirasai oleh penduduk di Sabah dan Sarawak. Pemodenan di Sabah dan Sarawak juga tidak pernah diketepikan. Setelah Sabah dan Sarawak bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu yang telah mencapai usia 50 tahun pelbagai pembangunan dan kemajuan telah dilakukan. Sabah dan Sarawak yang kaya dengan sumber semula jadi telah menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negara, di mana Sabah dan Sarawak merupakan pengeluar minyak utama di Malaysia. Dari segi kemudahan infrastruktur pula pelbagai kemudahan telah disediakan, misalnya kemudahan jalan raya untuk menghubungkan beberapa kawasan telah di naik taraf bagi memudahkan perhubungan. Di samping itu, kawasan-kawasan bandar juga telah dimajukan agar pembangunan di Sabah dan Sarawak setanding dengan pembangunan di Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, keluasan Sabah dan Sarawak yang  besar menyebabkan masih ada kawasan yang masih mundur dan tidak dapat dibangunkan terutamanya di kawasan pedalaman. Hal ini menyebabkan penduduk Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman masih lagi ketinggalan dari arus pemodenan. terdapat kawasan di pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti elektrik, hospital dan sebagainya. Maka itu, jika dibandingkan dengan Semenanjung Tanah Melayu sememangnya Sabah dan Sarawak masih lagi ketinggalan dari segi pembangunan dan kemajuan, walaupun telah bergabung dalam Malaysia selama 50 tahun namun pembangunan dan kemajuan di Sabah dan Sarawak masih belum seiring dengan pembangunan dan kemajuan yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu.

           

SOALAN 3 : KUMPULAN 4

SOALAN ESEI MINGGU 12

SOALAN 3 : Kedaulatan negara Malaysia adalah lanjutan daripada warisan dan tradisi Negara yang disanjung dan dipelihara sehingga ke hari ini. Jelaskan.

Kumpulan 4 : Syafiq, Khobir, Nora, Syaza, Zaidah

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu kedaulatan negara. kedaulatan selalu menjadi isu bualan masyarakat setempat. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Kedaulatan amat penting kerana ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk  tidak  terus  dijajah  atau  di‘jajah’. Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Perkataan kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Kemunculan  konsep daulat negara ini  dipengaruhi  oleh  proses  pertumbuhan  negara  moden.  Secara  umumnya kedaulatan merupakan kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah institusi dalam masyarakat, politik untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang berhubung dengan pentadbiran dan politik. Sehubungan dengan ini, kedaulatan negara ini adalah lanjutan daripada warisan dan tradisi Negara yang sentiasa dipelihari sejak dari awal kurun pemerintahan Melayu Melaka lagi. Kedaulatan negara amat perlu dalam sesebuah negara kerana menegaskan ia satu kuasa yang padu yang harus diterima oleh semua pihak dan tiada sesiapa pun yang boleh melanggar kedaulatan sebuah negara. Ia seharusnya diterima dan dihormati oleh semua individu di dunia ini. Di samping itu, tidak ada kumpulan atau  individu yang boleh mempersoal atau membangkang kuasa tertinggi ini kerana dengan tersebut, hak untuk kebebasan atau hak sebagai rakyat akan ditetapkan. Kedaulatan negara hanya boleh kuasai secara holistik oleh kuasa Tuhan yang sentiasa lebih berkuasa ke atas pemerintah. Jadi apabila membincangkan tentang soal kedaulatan negara ini, maka ia secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan soal keselamatan negara.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia ialah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum, agama dan budaya. Walaupun kita pernah dijajah oleh kuasa barat dan jepun selama lebih empat abad, namun hari ini Malaysia berdiri sebagai sebuah negara berdaulat. Pada hari ini kita mempunyai hak dan kuasa sepenuhnya atas urusan pemerintahan dan pentadbiran negara kita sendiri. Hal ini bermakna kita tidak perlu mengikut telunjuk mana-mana kuasa besar bagi menentukan arah dan hala tuju negara sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.Dari segi politik, kita dikatakan mengamalkan sistem demokrasi tetapi tidaklah seratus peratus mengikut sistem demokrasi barat atau mana-mana negara lain di dunia. Demokrasi yang diamalkan di negara kita telah diubah suai mengikut acuan, keperluan dan kepentingan masyarakat berbilang agama dan budaya yang kita warisi sejak dahulu. Hal ini adalah semata-mata untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dalam negara kita. Jika kita tidak meneruskan segala konsep yang telah diwarisi ini maka kedaulatan negara kita akan sentiasa tercabar. Jadi unsur-unsur pentadbiran yang terdahulu yang memberi kesan positif kepada negara perlulah diperkukuhkan agar kedaulatan yang diwarisi daripada warisan zaman kesultanan melayu Melaka dapat diteruskan. Sebagai contoh asimilasi sistem pembesar empat lipatan dalam pentadbiran negara yang telah diubah suai.
Kebelakangan ini, kedaulatan negara sering diambil endah tak endah oleh anak-anak muda generasi sekarang. Sebenarnya semua ini tidak boleh diberlaku. Hal ini kerana kedaulatan negara perlu dijaga dan dikekalkan. Ini kerana jika kedaulatan negara kita rapuh maka sistem warisan dan tradisi lama tidak dapat diteruskan. Negara yang masih dijajah secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa atau pemimpin-pemimpin asing ia mengambarkan kelemahan masyarakat dan pemimpin negara tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kerendahan maruah bangsa dan negara tersebut pada mata dunia jika sesebuah negara itu mengabaikan tentang konsep kedaulatan yang telah lama diperjuangkan. Negara yang dijajah bukan sahaja dipandang hina bahkan tidak dapat menjaga kepentingan rakyatnya kerana sumber kekayaan negara akan dikuasai oleh penjajah atau orang asing. Hal inilah yang telah berlaku semasa negara kita dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun pada masa dahulu. Bukan itu sahaja, bahkan banyak kekayaan warisan budaya seni dan sastera negara kita telah dibawa keluar oleh penjajah ke negara mereka. Jadi untuk tidak mengalami keadaan seperti dahulu, maka semua masyarakat di negara ini perlulah sentiasa memainkan peranan agar kedaulatan negara kita yang telah lama terbina ini tidak dirampas dan dirobek oelh penjajah begitu saja.
Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan bahawa Kedaulatan negara turut dikaitkan dengan konsep ketinggian Perlembagaan. Hal ini adalah salah satu warisan yang sentiasa dipegang dan disanjung oleh pemerintah negara. Dalam sistem ini ia membawa maksud kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah. Kita dapat menyaksikan bahawa semua ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Fungsi  perlembagaan disini adalah untuk memastikan  wujudnya  keamanan  antara ahli masyarakat  berpandukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat dalam negara. Perubahan-perubahan sentiasa berlaku dalam memperkukuhkan kedaulatan negara. Jadi untuk satu langkah telah diambil untuk mempersiapkan negara untuk lebih aman iaitu sistem perlembagaan bertulis dibuat. Dengan adanya sistem bertulis ini maka undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita ini semestinya membuatkan kita sentiasa mengikut kemajuan dunia. Dalam mengikut kemajuan dunia kita perlulah sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan ideologi agar kedaulatan negara tidak terjejajs sehingga negara jatuh ke pihak penjajah. Jadi oleh yang demikian konsep jati diri perlulah sentiasa ada dalam diri individu dalam negara kita ini. Hal ini kerana jika tiada nilai-nilai yang memperkukahkan konsep jati diri maka kedaulatan negara mudah dikuasai oleh tangan penjajah. Aspek ketahanan jati diri yang berteraskan kepada kekuatan mental dan spiritual akan menjadi benteng yang paling berkesan menangani serangan globalisasi. Jati diri dalam erti kata sebuah bangsa  yang  memiliki  ketinggian  akhlak  dan  keperkasaan  tamadun  mengikut  acuan  nilai-nilai kemasyarakatan.  Kekuatan  jati diri  merangkumi  aspek  pertimbangan  moral  iaitu  mempunyai  daya pertimbangan yakni membezakan antara yang benar dan palsu. Di samping itu, benteng jati diri seseorang individu harus disulam dengan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam ertikata mempertahankan kedaulatan negara serta memiliki nilai kesetiaan yang tak berbelah bagi terhadap bangsa dan negara. Dalam hal ini kita dapat pastikan apabila masyarakat negara kita sentiasa pegang pada konsep jati diri maka kita tidak perlu risau akan kejatuhan kedulatan negara. Ini kerana dengan adanya masyarakat yang berakhlak mulia, berdaya saing ini akan memperkukuhkan kedaulatan seiring dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi iaitu masyarakat yang sentiasa berdaya saing, berakhlak mulia membuatkan warisan dan tradisi negara sentiasa terjaga. Selain itu, dalam menjaga dan memperkukuhkan kedaulatan negara, ,gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat perlu agar kedaulatan negara tidak dibolosi oleh anasir-anasir luar yang boleh merobek kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya masyarakat di Malaysia. Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam menjamin keselamatan   negara   sentiasa   berada   dalam   tahap   yang   optima   kerana   kelekaan   dalam   soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada neo-kolonialisme. Hal ini sesuai dan ia adalah idea-idea golongan pemerintah negara zaman lalu iaitu sentiasa memperkukuhkan dan berganding bahu menjaga negara agar tidak sewenang-wenangnya dirobek oleh masyarakat asing.
Akhir sekali, tidak dapat kita nafikan bahawa kedaulatan juga dikekalkan dengan adanya hubungan antarabangsa. Jika imbas kembali zaman pemerintahan lama dahulu, negara kita kita juga menjalinkan hubungan negara luar iaitu dengan negara China. Hal ini kerana dengan adanya jalinan ini maka negara kita akan lebih kuat untuk membangun. Sebagai sebuah negara yang berdaulat , Malaysia mengutamakan semangat kerjasama dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik . Dari segi keselamatan, negara kita perlu mengelakkan dari sebarang ancaman dari negara-negara luar. Umumnya, keselamatan negara perlulah diutamakan. Jadi untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin maka hubungan luar negara sentiasa dibuat bagi membantu meningkatkan kestabilan negara dan menjaga kedaulatan negara. Jadi kerjasama dengan negara luar ini sangat penting kerana ia dapat meningkatkan ekonomi negara dan disamping itu dpat menjaga sistem politik negara agar sentiasa kukuh.
Kesimpulannya, negara kita Malaysia perlulah memelihara kedaulatan yang sedia ada agar tidak berada dibawah takluk mahupun pengaruh kuasa asing yang hari demi hari sentiasa mencari peluang untuk menjajah kita kembali. Hal ini bermaksud segenap lapisan masyarakat dalam negara ini juga perlulah memainkan peranan penting sama ada golongan pemimpin mahupun rakyat kerana tanpa perpaduan yang padu, keselamatan negara mudah terjejas kerana risiko pembelotan terhadap negara. Kedaulatan negara hanya dapat dipertahankan dengan perpaduan dan semangat cintakan negara serta mengutamakan keselamatan dan kestabilan negara seterusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar terus maju dan berdaya saing diseantero dunia.


SOALAN 3 : KUMPULAN 6

SOALAN ESEI MINGGU 12

SOALAN 3 : Kedaulatan negara Malaysia adalah lanjutan daripada warisan dan tradisi Negara yang disanjung dan dipelihara sehingga ke hari ini. Jelaskan.

Kumpulan 6 : Amir, Asyraf, Huda, Jamilah, Atiqah

Kejayaan Malaysia mengekalkan statusnya sebagai negara sedang membangun merupakan sesuatu yang amat membanggakan bagi semua rakyat negara ini. Namun, arus globalisasi mendorong Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Maka, pelbagai dasar telah digubal dan cuba dilaksanakan bagi meningkatkan pembangunan negara untuk mencapai status negara maju. Salah satunya adalah matlamat wawasan 2020. Antara inti pati matlamat wawasan 2020 adalah pembentukan negara bangsa yang menjadi isu hangat negara kita pada hari ini. Persoalannya, adakah Malaysia mampu mempertahankan kedaulatan negara Malaysia hasil lanjutan daripada warisan dan tradisi negara yang disanjung dan dipelihara sehingga hari ini?
Negara bangsa ialah negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Negara bangsa membentuk sebuah negara dengan rakyatnya hidup bersatu padu, berkeyakinan, harmoni, mempunyai daya saing yang tinggi dan mempunyai semangat patriotik yang kental. Rakyatnya akan menikmati kehidupan berasaskan persamaan hak, keadilan dan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap sistem pemerintahan negara. Faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa ialah lingua franca, integrasi, kewarganegaraan, patriotisme dan demokrasi. Dalam usaha pembentukan negara bangsa ini, kerajaan memfokuskan dan melaksanakan strategi iaitu memperkasa Bahasa Kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri individu.
Warisan budaya dan tradisi yang terdapat di Malaysia harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keunikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Ramai orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kita saling menerima dan memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan silaturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negara juga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Perkahwinan campur juga merupakan penggerak kepada pembentukan negara bangsa. Perkahwinan campur ialah perkahwinan di antara kaum yang berlainan bangsa, negara dan agama. Hasil daripada perkahwinan campur ini akan melahirkan generasi-generasi yang akan mempunyai perasaan cinta pada negara dan mempunyai perpaduan yang utuh dengan kaum lain. Generasi kedua dan ketiga akan lebih berfikiran terbuka dan bersedia untuk menjadi bangsa Malaysia kerana mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.
Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum dan dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah seperti Kajian Tempatan, Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
Penularan budaya liar dan pengaruh budaya kuning perlu dicegah kerana ia boleh membawa kehancuran budaya dan masyarakat negara kita. Di negara membangun, pengaruh dan kesan budaya asing yang negatif sangat hebat. Satu demi satu negara jatuh di bawah perangkap penjajahan budaya, sekalipun negara berkenaan telah mencapai kemerdekaan. Masyarakat beradab adalah masyarakat yang sedar di mana bumi di pijak di situ langit di junjung. Falsafah yang harus dijunjung adalah perjuangan mengisi ikrar setia sebagai bangsa yang satu , warganegara yang memiliki maruah dan jiwa besar dengan kecintaan dengan sumber ilhamnya kepada sebuah negara Malaysia. Matlamat akhir masyarakat berbudaya haruslah menjurus kepada kebanggaan negara dan kedaulatan bangsa . Untuk itu bangsa Malaysia yang dinamik perlu mempunyai identiti untuk mewujudkan bangsa yang bertamadun dan gemilang (A.Aziz Deraman , 2000 :3 ).
Sebagai intiha, identiti bangsa sendiri perlu dipertahankan dan diperkenalkan untuk mengekalkan kedaulatan negara. Dalam misi mengekalkan kedaulatan negara, penglibatan daripada semua pihak, termasuklah pemerintah dan rakyat, adalah sangat dituntut. Setiap individu ini seharusnya mengambil peranan masing-masing dalam melahirkan modal insan yang bertaraf tinggi. Di samping itu, mengamalkan konsep rukun negara sekali gus menerapkan nilai-nilainya ke dalam diri juga merupakan aspek yang perlu dilaksanakan dan dipelihara dalam usaha mengembalikan perpaduan semua kaum di Malaysia selain melahirkan masyarakat yang progresif, demokratik dan bersifat terbuka, dan sekali gus mempertahankan maruah dan kedaulatan negara tercinta ini.