Thursday, 4 July 2013
SOALAN ESEI MINGGU 2 :
Huraikan dan perincikan kurikulum sejarah sekolah rendah. Bincangkan perkaitannya dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara.
AHLI KUMPULAN :
Amir,Asyraf,Huda,Jamilah,Atiqah
Huraikan dan perincikan kurikulum sejarah sekolah rendah. Bincangkan perkaitannya dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara.
AHLI KUMPULAN :
Amir,Asyraf,Huda,Jamilah,Atiqah
Sejarah
sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar
kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita
mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan
kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja
merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat
dan negara mahupun bangsa.
Kerajaan
telah mengambil pendekatan untuk menjadikan kurikulum Sejarah sebagai subjek
teras di sekolah rendah bermula tahun 2014. Sebelum ini seperti yang kita sedia
maklum, mata pelajaran Sejarah telah diajar di peringkat sekolah menengah
manakala di peringkat sekolah rendah, subjek ini diterapkan di dalam mata
pelajaran Kajian Tempatan yang diajar kepada murid Tahap Dua. Lantaran itu,
kerajaan telah mengambil langkah untuk melaksanakan subjek Sejarah ini bermula
pada Tahap Satu dengan berkonsepkan education
is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan
rombongan ke Parlimen. Pendekatan ini bersesuaian dengan elemen yang diterapkan
di dalam KSSR iaitu belajar melalui bermain. Tambahan lagi, melalui pendekatan
seperti ini, guru-guru dapat mengubah perspektif sesetengah pelajar yang
menganggap Sejarah adalah subjek yang membosankan. Pengalaman langsung para
pelajar melihat bahan-bahan tinggalan sejarah lampau yang ada di Malaysia
melalui aktiviti seperti lawatan contohnya mampu membuka minda mereka untuk
lebih menghargai peninggalan sejarah yang ada di negara kita.
Seterusnya,
jika kita lihat sukatan pelajaran Sejarah bagi sekolah rendah yang telah
digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) di Kementerian Pelajaran
Malaysia merangkumi elemen yang menarik dan bersesuaian dengan tahap pemikiran
pelajar sekolah rendah di samping memudahkan mereka untuk memahami subjek
tersebut. Oleh itu, sukatan pelajaran yang sesuai telah digubal bagi
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini menjelang tahun
2014. Menurut bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd.
Dom, Perlembagaan Persekutuan serta kemerdekaan tanah air merupakan antara
topik yang diberi keutamaan dalam subjek berkenaan bagi menyuntuk semangat
cintakan negara dalam kalangan generasi muda. Nilai-nilai seperti ini
seharusnya dipupuk dalam diri warganegara Malaysia semasa di bangku sekolah rendah
lagi agar semangat cintakan negara akan terpahat kukuh di hati rakyat di negara
ini tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
Seterusnya,
perspektif mata pelajaran Sejarah yang terkandung di dalam kurikulum Sejarah
telah disusun secara berperingkat. Pada peringkat permulaannya pelajar
didedahkan dengan pengenalan terhadap mata pelajaran Sejarah. Bermula pada
peringkat ini pelajar telah didedahkan dengan perkaitan Sejarah dalam kehidupan
mereka. Melalui cara ini mereka akan lebih memahami kepentingan untuk
mempelajari subjek ini yang mempunyai banyak kelebihannya. Peringkat yang
seterusnya pula pelajar didedahkan dengan sejarah negara kita bermula dari
Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah terbentuknya negara Malaysia yang turut
merangkumi negeri Sabah dan Sarawak. Selain itu, para pelajar di bangku sekolah
rendah ini juga didedahkan dengan pembinaan jati diri bangsa negara melalui
paparan mengenai kedaulatan negara, Yang di-Pertuan Agong, pencapaian negara
yang membanggakan dan sebagainya. Topik-topik ini mampu menyemai semangat
cintakan negara dengan mendalam dalam kalangan pelajar sejak mereka kecil lagi.
Di
samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat
cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair
dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa
semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara
yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan
kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita
mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai
pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi
muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam
peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya
mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil
rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri. Justeru, langkah kerajaan
Malaysia bagi menerapkan subjek Sejarah berakar umbi di peringkat kanak-kanak
lagi amat disetujui sebagai langkah yang bijak untuk melahirkan rakyat yang
sanggup berkorban apa sahaja demi
mempertahankan negara.
Kesimpulannya,
pelaksanaan mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah amat penting
supaya masalah buta sejarah dalam kalangan warganegara Malaysia dapat diatasi.
Lantaran itu, penerapan subjek ini sejak kanak-kanak lagi mampu menyuntik minda
anak-anak kecil ini untuk lebih menghargai warisan sejarah negara yang telah
dimanahkan oleh generasi terdahulu. Jelas kepada kita betapa pentingnya
pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah
terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu
dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini
tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara
yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya.
0 comments:
Post a Comment