Thursday, 27 June 2013
TUGASAN ESEI KUMPULAN 1
AHLI KUMPULAN 1 :
Ilya, Aisyah, Syafiq, Zuraihah, Jay, Oliver, Faez Jawawi, Jamilah, Huda, Asyraf
TAJUK ESEI
MINGGU 1 :
Pada
era global kini tranformasi kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia telah banyak
melakukan perubahan secara mendadak. Dalam sistem pendidikan perubahan
dilakukan iaitu kurikulum sekolah rendah yang baharu telah diperkenalkan dan
dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini.
Sistem ini bermula pada tahun 2011 dengan murid tahun satu di semua sekolah
rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid
dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang luas, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan
modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu guru-guru sedang dilatih untuk
KSSR. Hal ini berlaku supaya dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah
rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik
P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan
penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru
untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat
kerajaan.
KSSR dibawa masuk menggantikan KBSR
di dalam sistem pendidikan pada hari ini adalah satu proses penyusunan semula
dan penambah baik kurikulum sedia ada. Perkara ini dibuat adalah untuk
memastikan anak bangsa Malaysia sentiasa berpengetahuan tinggi, berkemahiran iaitu
sesuai dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran dunia maju. Dalam proses
transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat
penandaaras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan
kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Hal ini berlaku kerana kerajaan
dan kementerian pelajaran ingin melonjakkan sistem pendidikan di mata dunia
supaya dipadang gah oleh negara lain. Sistem pendidikan adalah satu sistem
terpenting kerana untuk digelar sebuah negara maju sistem pendidikan yang
mamtap perlulah diwujudkan. Jadi untuk memantapkan sistem pendidikan ini,
Kurikulum Standard Sekolah Rendah haruslah diperkenalkan bagi membangunkan
industri pendidikan negara agar dikenali negara-negara lain dan supaya dapat
melahirkan para pelajar yang berkebolehan tinggi .
KBSR diganti kepada KSSR juga adalah
bertujuan bagi melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kritis dan inovatif. Dalam
hal ini, perkara ini dapat diihat apabila tunjang-tunjang baru diwujudkan bagi
menggantikan tiga bidang KBSR. Dari tunjang-tunjang yang diperkenalkan dalam
KSSR ia telah menggalakkan para pelajar serta murid untuk lebih aktif di dalam
kelas. Hal in kerana dengan KSSR para pelajar atau murid lebih berusaha untuk
mendapatkan sesuatu yang baru. Malahan itu juga dengan kemasukan KSSR ini minda
para pelajar akan lebih terbuka berbanding Kurikulum Standard Sekolah Rendah
yang tidak berfokus kepada ICT. Dalam KSSR penguasaan ilmu dan amalan tentang
nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global juga
dimuat dalam KSSR. Hal ini penting supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa
memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat
patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya
mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar
pada masa akan datang. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah daripada
rebungnya”. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian
kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu
yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan
perkembangan fizikal murid itu sendiri.
Selain itu KSSR dibawa masuk menggantikan
KBSR di dalam sistem pendidikan hari ini adalah untuk menyelitkan unsur Kerohanian,
Sikap Dan Nilai-Nilai yang positif dalam kehidupan. Aspek ini melibatkan
perasaan dalaman atau naluri seseorang murid itu sendiri. Hal ini penting bagi
memupuk dan melahirkan pelajar yang berwibawa. Perasaan dalaman dan naluri murid
yang disebut ini ia adalah seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan
agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta
nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan
menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid
yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam
kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan
mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan
mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi
masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang
bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan
diri, keluarga dan masyarakat. Dengan adanya sikap seperti ini para pelajar
akan dapat bersama-sama menonjolkan sikap yang positif kepada seluruh warga
negara. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan
unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini,
kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui aktiviti
ko-kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia
bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di
Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang
bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum yang terdapat di
negara kita. Aspek ko-kurikulum adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan
kerana ia melatih pelajar agar bergaul dengan masyarakat.
Disamping itu juga, KSSR, dibawa
masuk bagi menggantikan KBSR pada hari ini adalah bagi membuat atu penggabungan
beberapa matapelajaran. Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan
Teknologi, ianya akan memberi pendedahan kepada kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) secara praktikal kepada murid-murid. Murid yang mempelajari
sesuatu yang baru secara lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti Microsoft
Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai
sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk
menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap
bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem teknologi. Pengajaran
ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran
menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan
menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda
murid-murid menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea
yang bernas dan bijak.
Akhir sekali, KSSR dibawa masuk
menggantikan KBSR adalah bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi. Hal ini
kerana, sebelum-sebelum ini tiada unsur-unsur kreatif dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sangat meruncing kerana bagaimana mahu
maju jika tiada inovasi dan kretiviti dalam pembelajaran. Jika kita lihat
sesebuah negara tidak akan mencapai wawasan kegemilangan jika rakyatnya tidak
berfikir secara kreatif. Hal ini disokong hebat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan bahawa
"kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti,
dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif
dan kreatif". Kenyataan tersebut menunjukkan bahawa keupayaan negara untuk
bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 memerlukan masyarakat yang
berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea
atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam
perlumbaan mengejar kemajuan. Malahan itu jika sekiranya guru tidak mengamalkan
budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran
tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau
buku latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan
inovasi. Hal ini kerana unsur-unsur yang ada dalam sesuatu matapelajaran yang
dimuat dalam buku teks adalah terhad jika dibandingkan dengan pencarian
tersendiri. Akan tetapi sekiranya pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada
elemen inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunakan oleh
guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar
untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara
tidak langsung menjadi "role model" untuk mendorong pelajar melakukan
inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila KSSR menggalakkan seseorang guru
itu inovatif dalam pengajaran, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini
akhirnya akan memungkinkan seseorang guru itu dapat menghasilkan sesuatu yang
luar dari kebiasaan terhadap muridnya.
Jadi secara kesimpulannya pengaplikasian
KSSR ini juga banyak membantu serta memudahkan perjalanan dalam pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke tahun-tahun
seterusnya. Melalui cara seperti ini, para murid tidak akan merasa tertekan
dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Bahkan mereka sentiasa berasa
seronok dan tertarik dengan teknik pengajaran guru-guru selain pendekatan yang
lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak
. oleh yang demikian, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini telah mendukung cita-cita murni dan unggul
dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
dengan tujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21.
0 comments:
Post a Comment